Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

APA KELEBIHAN COMBO VENDING MACHINE?

Imej
Berdepan dengan situasi untuk memilih pelbagai jenis vending machine adakalanya membuatkan anda sukar membuat keputusan. Hari ini kami akan berkongsikan kelebihan Combo Vending Machine ni yang semestinya menjadi pilihan ramai pelanggan.  KENAPA COMBO VENDING MACHINE MENJADI PILIHAN RAMAI? 1. Of course la dah namanya combo..mestilah boleh letak makanan snek dan minuman. Tapi korang nak tahu tak mesin Combo ni bukan boleh letak makanan dan minuman jekk tapi boleh letak ubat gigi, berus gigi, sabun basuh baju(kotak kecil) atau pun lain2 yg bersesuaian. . Yang ni memang sesuai sangat kalau korang dapat tapak nk letak vending kat hostel2 dan asrama. Ye la kalau budak2 hostel kadang2 keperluan macam tu tersangatlah penting bila stok diorg dah abis...Nak pergi koperasi jauh sangat. 2. Sebenarnya kalau korang nak tahu lagi banyak slot lagi banyak pilihan yang korang boleh letak so lagi banyak untung yang korang boleh buat . Sebab mesin combo ni kan besar. Boleh memuatkan sehin

NAK TAHU PASAL MESIN AIR TIN LAYAN DIRI?

Imej
Selain dari mesin Combo, Mesin air tin layan diri juga mendapat permintaan ramai. Dan apa yang membezakan setiap mesin air tin ini adalah jumlah slot dan kuantiti tin air yang boleh masuk. 1. Kuantiti air tin minuman yang boleh masuk dalam vending bergantung kepada jumlah slot. 2. Semakin banyak slot semakin banyak pilihan untuk pelanggan anda sekaligus semakin banyak kuantiti air tin yang anda boleh masukkan dalam vending machine 3. Selection/slot bersama jumlah kuantiti air tin:   20 selection -  400 tin 25 selection- 425 tin 30 selection- 504 tin 36 selection - 612 tin 42 selection -720 tin 4.Tidak boleh letak minuman yang berkotak dalam mesin air layan diri...tapi kalau mesin Combo(makanan & minuman) boleh letak yang berkotak. 5. Bagi mengelakkan isu air tin tersangkut pada vending machine, elakkan membeli produk air tin yang tidak rata permukaan atau yang terlalu pendek saiznya.

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

Imej
Nak bukak bisnes ni semestinya memerlukan sedikait modal yang perlu anda laburkan. Kami faham ada juga yang di antara anda yang masih muda namun berminat untuk memulakan bisnes vending ini. Kekangan modal bukanlah penghalang bagi anda untuk meneruskan niat untuk berniaga dalam bisnes vending machine. Jadi bagaimana kami boleh membantu anda untuk mendapatkan modal untuk mulakan bisnes ini? . . Pinjaman loan . Anda boleh membuat pinjaman loan dari bank bagi memulakan bisnes ini. Jangan risau kami boleh menguruskan untuk anda.  . Syaratnya mudah sahaja.Kebiasaanya pendapatan bersih anda mestilah melebihi RM2500. Macam mana anda boleh dapat untung walaupun terpaksa membayar balik bulanan kepada bank? Contoh kira-kira untuk MESIN AIR LAYAN DIRI 30 SLOT -Suggestion loan adalah sebanyak rm20k. Harga mesin tak lebih dari rm20k -Bayaran bulanan anda adalah rm780. - Untuk 30 slot air mempunyai kuantiti lebih kurang 504 tin. -Kiraan untuk sebulan;

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

Imej
Ramai yang bertanya dan pm mengenai keuntungan yang diperoleh apabila ingin membeli vending machine. Semestinya apa jua perniagaan yang kita buat mestilah keuntungan yang menjadi keutamaan. ''Apakah pelaburan yang saya buat ini akan mendapat balik modal yang saya laburkan?" ''Berapa lama masa yang diambil untuk ROI(Return on Investment)?" Hari ini kami akan berkongsi keuntungan bersih untuk sebuah vending machine. CONTOH UNTUK MESIN AIR LAYAN DIRI 25 SLOT Untuk mesin 25 slot boleh memuatkan sebanyak 425 tin air. Contohnya untuk satu minggu anda boleh men refill  sebanyak 2 kali seminggu (bergantung pada lokasi). 425 tin X 2 = 850 tin - untuk seminggu Untuk sebulan; 850 tin x 4 minggu = 3400 tin Kebiasaanya untung bersih yang anda boleh dapat untuk satu tin adalah diantara rm0.50-RM1.00. Katakanlah anda mendapat keuntungan untuk satu tin air adalah RM0.80 3400 tin  X rm0.80 =rm2720 Anda juga dikehendaki membayar sewa tapak unt

RESIPI AYAM MASAK THAI

Imej
Hari ni kami akan kongsikan resipi masakan ayam masak thai..Simple dan mudah saja nak buat Jom kita tengok bahan-bahannya. BAHAN UNTUK DIKISAR -3 ulas bawang merah -5 ulas bawang putih -5 biji cili merah -3 biji cili hijau -2 biji cili api BAHAN -10 ketul bahagian ayam di goreng -1 biji bawang besar/holland-dihiris -2 batang serai dititik -Daun limau purut -Garam secukupnya - 2 sudu sos tiram -2 sudu sos cili - Sedikit air CARA-CARANYA: 1. Tumis serai yang dititik sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. 3.Tumis sampai garing.Bila dah garing masukkan masukkan bahan yang dikisar, sos tiram dan sos cili. 4.Masukkan ayam dan perasa ikut sesedap rasa. SELAMAT MENCUBA

4 SOAL JAWAB MENGENAI VENDING MACHINE?-PART 1

Imej
Anda tanya kami jawab. Kadang kala nak buat bisnes tapi masih lagi berlegar-legar dalam fikiran "bisnes ni ok ke tak? ada untung ke tak? Dapat pulangan modal atau tak.?"Bagi yang ingin membuat bisnes vending machine ini, beberapa persoalan boleh menjawab soalan-soalan anda. 1. Kenapa bisnes vending machine? -Sebab ia tak perlukan khidmat pekerja - Satu bisnes yang tidak berisiko tinggi dan pelaburan modal yang rendah dan boleh menjana pendapatan tinggi -Tidak menganggu kerja harian anda -Boleh dijadikan bisnes side income dan tidak bergantung pada kerja makan gaji -Mesin akan sentiasa beroperasi 24 jam walaupun anda dirumah atau di mana-mana sahaja. 2.Bagaimana nak pilih vending machine yang sesuai? Seperti yang kita sedia maklum, vending machine ni banyak jenis..Ada yang mesin air, mesin urut, mesin dobi,mesin topup dan sebagainya..Jadi nak pilih mesin yang sesuai, sila... -Buat penyelidikan terlebih dahulu dengan keadaan setempat -Ambil kira lokasi

10 TIPS BISNES MAKANAN DI PASAR MALAM

Imej
Anda bercadang buka bisnes makanan di pasar malam tapi kadang-kadang tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelanggan anda. Selain payung besar, meja , bayar sewa tapak gerai apa lagi keperluan yang perlu anda ada?  1. Pembungkusan produk haruslah dalam keadaan baik dan bersih.  contoh: Anda bungkus serunding dengan plastik. Pembungkusan hendaklah diganti dengan plastik yang baru agar sentiasa kelihatan baru. 2. Produk sentiasa keadaan yang elok. Pastikan makanan tidak hangit, tidak basi, kurang sedap dan sebagainya. 3. Susunan produk.  Yang mahal letak di belakang, yg murah letak di depan. Supaya pelanggan tidak terkejut dengan harga produk anda. 4.Gunakan alas meja yang menarik warnanya . Warna yang boleh buat orang lapar contohnya merah, kuning dan oren.hihi 5.Guna periuk yang besar untuk menjual (yang melibatkan makanan yang berat2). Lagi besar lagi bagus. Supaya orang nampak dan ingat kedai kita. 6. Sibuk- sibukkan diri. Gerai yang sentiasa

APA KEUNTUNGAN YANG ANDA DAPAT JIKA ADA MESIN LAYAN DIRI DI PREMIS ANDA?

Imej
Jika anda merupakan pemilik sesuatu premis semestinya anda akan tertanya-tanya apa benefit yang anda dapat jika meletakkan vending machine di tempat anda.Kadang-kala ada sesetengah pemilik premis yang ragu-ragu untuk meletakkan vending machine di premis mereka kerana tidak mahu bertanggungjawab sekiranya berlakunya kerosakan pada vending machine tersebut. Sebenarnya apa kebaikan jika anda meletakkan mesin layan diri ini? 1. Anda akan dibayar sewa bulanan setiap bulan. Tiada melibatkan kos permulaan daripada anda,bahkan pemilik vending machine akan membayar sewa kepada anda. 2. Tidak menganggu anda atau sesiapa pun kerana ruang yang diperlukan adalah sangat minima dan ianya beroperasi dengan sendiri. 3.Sebagai pendapatan sampingan bagi sesiapa yang menyewakan tapak. 4. Anda juga telah membantu para usahawan vending machine sekaligus membantu orang awam untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman dengan mudah. 5. Tidak mustahil jika anda memberi sewa tapak suatu ha

BAGAIMANA TERCIPTANYA VENDING MACHINE?

Imej
Fakta menarik mengenai sejarah Vending Machine atau mesin layan diri ini adalah model konsep vending pertama dihasilkan oleh seorang tokoh matematik dan jurutera tamadun Greek yang digelar Heron of Alexandria yang mereka sebuah machine yang boleh mengeluarkan ''Holy Water'' secara automatik bila syiling dimasukkan di ruangan slot. . Pada tahun 1888, sebuah syarikat pengeluar gula-gula getah ''Thomas Adam Gums Company" telah meletakkan vending machinenya di bahagian kereta api New York. Idea asal ini telah diubahsuai setahun lebih awal dari Pulver . Disember 1970 mesin layan diri lebih mesra pengguna telah dicipta oleh Venda Talker. . .  Di Malaysia pula sejarah Vending Machine telah dimulakan sejak 35 tahun lalu oleh sebuah syarikat minuman ringan, F&N. Coca-Cola  (M) Sdn. Bhd. Pada masa kini, penggunaan mesin layan diri ini telah berkembang dengan begitu meluas yang bukan hanya tertakluk kepada makanan dan minuman sahaja malah menawarkan

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE

Imej
Setiap apa jua jenis perniagaan yang kita mulakan pastinya mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. Apabila kita menghadapi masalah, kita haruslah berdepan dengan masalah tersebut dan bukannya lari daripada masalah itu. Memiliki perniagaan mesin layan diri juga tidak terkecuali dengan sebarang risiko yang harus kita ambil. Tugas anda sebagai pengusaha vending machine adalah berani dan bersedia untuk bedepan dengan risiko tersebut. 1. Cabaran pemilihan pembekal- seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak penjual/ pembekal vending machine di Malaysia ini. Tugas kita adalah untuk memilih pembekal yang boleh memberikan servis yang terbaik sama ada semasa membeli mahupun selepas kita membeli. Paling penting adalah apabila pembekal itu boleh memberikan servis yang terbaik selepas jualan kepada anda kerana bermungkinan anda akan berhadapan dengan isu-isu seperti kerosakan mesin ataupun mendapatkan bekalan jualan anda. 2. Cabaran lokasi dan pemilik premis- Lokasi

10 IDEA BISNES KECIL YANG BOLEH JADI BESAR

Imej
Tahukan anda sebenarnya kebanyakan perniagaan yang besar sekarang adalah bermula dengan perniagaan yang kecil.Namun begitu, ramai yang lupa dan terleka dan hanya memikirkan idea untuk perniagaan besar tanpa memikirkan  realiti bahawa hasil dari idea perniagaan yang kecil inilah yang akan berkembang menjadi perniagaan yang besar, Antara contoh jenis perniagaan kecil yang anda boleh kembangkan menjadi besar adalah seperti: 1.BISNES KEK/CUPCAKE Dulu jarang sekali kita melihat orang menjual kek di pasar malam. Malah mungkin anda tidak pernah terfikirkannya. Pada masa sekarang, kek banyak di jual di internet, pasar malam dan juga kedai2.Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan senddiri. Ada juga yang mengambil kek orang buat dan memasarkan dengan jenama sendiri.. Tak kisah yang mana satu pilihan yang pentingnya adalah ilmu perniagaan. Jika di tambah dengan minat, bisnes membuat kek ini mempunyai potensi yang tinggi untuk melangkah lebih jauh. 2.BISNES KUIH FROZEN

8 CIRI COIN CHANGER CC6100

Imej
SPESIFIKASI COIN CHANGER CC6100 (ICT FULL SET PAYMENT SYSTEM) 1. Merupakan sistem pengurusan syiling yang berprestasi tinggi. 2. Mempunyai reka bentuk tiub modular untuk pelbagai jenis syiling. 3.Enam tiub kaset untuk inventori syiling maksimum dan kekerapan pengisian semula yang lebih rendah. 4. Ciri keselamatan yang tinggi dengan mekanisma pengecaman wang tiruan atau asing. 5. LCM paparan menunjukkan status coin changer yang semasa. 6. Mudah untuk digunakan dan sesuai untuk mesin layan diri seluruh dunia. 7. Mempunyai sistem pencegahan aktiviti penipuan anti-fishing. 8. Mudah untuk di selaraskan apabila terdapat pengeluaran syiling baru oleh kerajaan. Jika anda berminat untuk memulakan bisnes vending machine, sila hubungi kami di talian 012-3927411(Firdaus) atau 03-80748414(Office)

DUIT TERSANGKUT DI VENDING MACHINE?

Imej
Bagi pengusaha vending machine, isu-isu yang berkaitan vending machine juga harus di ambil tahu. Kadang-kala langit tidak selalunya cerah. Masalah duit tersangkut bukanlah satu perkara yang luar biasa dan sebagai pengusaha vending machine, anda seharusnya tahu cara untuk menyelesaikan masalah ini. . Seperti yang anda tahu, vending machine menerima wang kertas dan juga duit syiling. Antara faktor yang menyebabkan ianya tersangkut adalah kerana: 1.wang kertas itu basah,berkedut 2.masalah pada sensor. 3. note acceptor kotor-tidak dibersihkan 4. Ada objek di sensor dan menghalang duit daripada masuk ke dalam mesin. Sebagai langkah penyelesaian, anda haruslah selalu membersihkan note acceptor tu at least sebulan sekali kerana ia juga terdedah pada kotoran dan juga habuk-habuk. Sensor adalah sangat sensitif dan perlu dilap sentiasa. Bagi isu duit syiling pula , kadang kala pernah terjadi isu pelanggan memasukkan wang kertas ke dalam  coin acceptor( sama ada dengan senga

5 SEBAB VENDING MACHINE TERKENAL DI JEPUN

Imej
Tahukah anda bahawa terdapat 3.8 juta vending machine atau mesin layan diri yang beroperasi di Jepun dan Jepun merupakan salah satu negara yang menguasai pasaran mesin layan diri ini. Menurut Persatuan Pengilang Mesin Layan Diri Jepun nisbah bagi 1 mesin layan diri adalah dianggarkan untuk 23 orang di Jepun manakala jumlah jualan tahunan adalah dianggarkan lebih kurang $60 billion. Apakah punca-punca yang menyebabkan mesin layan diri ini begitu terkenal di Jepun? 1.Peningkatan Harga Kos Buruh Jepun telah mengambil alternatif menggunakan vending machine bagi mengurangkan keperluan pekerja sepeerti juruwang. langkah ini di ambil kerana peningkatan kos buruh. Seorang professor ekonomi dari University of Connecticut mendapati kadar kelahiran di Jepun telah semakin susut.Populasi penduduk jua yang semakin lanjut usia malah kurangnya kemasukan warga asing menyebabkan tenaga buruh mahal dan sukar didapati. 2. Pembelian Berasaskan Tunai Tidak seperti Malaysia, masyar

NAK MULAKAN BISNES TAPI TAK ADA MODAL ?

Imej
Ramai yang percaya bahawa kalau nak mulakan apa-apa perniagaan sekalipun, walau sekecil mana sekalipun akan memerlukan modal. Hal ini memang tidak dapat dinafikan justeru menyebabkan masih ramai yang tidak memulakan perniagaan sampai sekarang. Memulakan perniagaan ini memerlukan semangat yang tinggi dan seharusnya berani mengambil risiko. . Namun begitu, ada kalanya anda juga boleh memulakan perniagaan tanpa ada duit sebagai modal awal. Bagaimana caranya? . 1. Kekalkan Makan Gaji, Mulakan Perniagaan Part Time Anda tidak perlu berhenti kerja dan berikan tumpuan penuh untuk perniagaan yang dijalankan.Buat sahaja terlebih dahulu secara part time. Hal ini kerana dengan gaji yang anda dapat untuk sara kehidupan dan keperluan yang lain, termasuklah sedikit perbelanjaan untuk menjayakan idea bisnes. Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kemudahan untuk memulakan perniagaan tanpa perlu berhenti kerja adalah sesuatu yang boleh dan mudah dilaksanakan. Asalkan anda boleh memba

TIPS PENJAGAAN VENDING MACHINE YANG PERLU ANDA TAHU

Imej
Penjagaan mesin layan diri bukanlah perkara yang sukar. Tugas anda bukan hanya untuk men refill kan stok2 minuman mahupun makanan, tetapi kadangkala mesin ini memerlukan juga penjagaan dari anda. Namun ia tidaklah sekerap mungkin jika dibandingkan bisnes-bisnes yang lain.  Antara peralatan-peralatan yang perlu disediakan: 1. Kain buruk Kain buruk digunakan untuk mengelap dan mencuci habuk-habuk serta kotoran yang terdapat di mesin. 2. Berus(cat/dll) Untuk mencuci sawang-sawang pada compressor dan lain-lain tempat 3. Botol Spray Bersabun Untuk mencuci mesin 4. Screwdriver Philips Pilih yang panjang dan simpan  untuk digunakan troubleshoot Langkah-langkah untuk membersihkan: 1. Bersihkan segala habuk,sawang yang melekat pada mesin luar dan dalam. 2. Bersihkan jua pada bahagian coin changer dan note acceptor. 3. Bersihkan sawang pada lubang compressor agar air sentiasa sejuk. 4. Bersihkan jua di bahagian display air,baha

KARI AYAM SIMPLE DAN SEDAP

Imej
Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ni apa kata anda cuba resipi kari ayam ini. Mudah dan senang sahaja. Jom kita cuba. Bahan-bahannya : 1.12 ketul ayam 2. 2 biji kentang(potong 4) 3. 6 ulas bawang putih 4. 3 inc halia 5. 1 asam keping 6.1 kotak santan 7. Air secukupnya 8. 10 sudu besar kari babas 9. Gula melaka dan garam secukupnya 10.4 ulas bawang merah Cara-caranya: 1. Kisar bawang merah,bawang putih dan halia. Selepas itu campurkan dengan serbuk kari babas. Tambahkan sedikit air jika terlau pekat. 2.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar-termasuk serbuk kari tadi. 3.Tumis sehingga pecah minyak- seperti gambar di bawah. 4. Selepas itu,masukkan lah ayam dan ubi kentang.Kacau sama adil dan saksama agar semua ayam dan ubi kentang kena bahan yang ditumis tu. Tambahkan air. 5. Apabila ayam separuh masuk, masukkan santan,gula melaka dan garam secukupnya.Kacau dan kacau lagi.

10 INFO COFFEE VENDING MACHINE

Imej
Mesin air layan diri coffee tidak kurang juga mendapat sambutan yang menggalakan. Yang mula berjinak-jinak ingin memulakan perniagaan, anda boleh juga mencuba untuk memulakan dengan perniaagaan coffee vending machine. Biasanya coffee vending machine ini akan diletakkan di pejabat-pejabat,masjid, sekolah-sekolah, universiti dan sebagainya. Jika anda berminat untuk membuat perniagaan coffee vending machine beberapa info yang perlu anda tahu. 1. Terdapat 2 jenis vending machine coffee iaitu   panas(HOT)   sejuk dan panas (HOT AND COLD) 2. Vending Machine Coffee jenis HOT boleh memuatkan 140 cup  dan memberi pilihan 4 perasa serbuk. 3. Anda boleh menawarkan harga untuk pelanggan mengikut saiz cup yang anda sediakan. Harga kebiasaan adalah sekitar RM0.70-RM1.50 untuk satu cup. 4. Untuk vending machine jenis HOT dan COLD pula, ia boleh memuatkan 250 cup dan harga mesin lagi tinggi jika dibandingkan dengan Vending Machine Coffee HOT. 5. Tugas anda adalah men refi

6 KEUNIKAN VENDING MACHINE DI JEPUN

Imej
Di Jepun, anda boleh menemukan pelbagai barangan yang unik di dalam vending machine yang kadang-kala kita tidak pernah terfikir tentangnya. Jepun merupakan salah satu pengeluar mesin layan diri yang tertinggi di dunia dan mesin layan diri ini dijumpai di setiap penjuru walaupun di tempat yang paling jauh. 1. PISANG Di Jepun, pisang ini dijadikan snek pagi dan petang.  Anda boleh mencari mesin ini dimana sahaja di Jepun. Bermula dengan harga 130yen anda boleh mendapatkan pisang ini. Mesin ini juga terdapat di stesen Shibuya. 2. TELUR Mungkin anda tak memerlukan semasa anda berjalan-jalan di luar tetapi anda pasti akan memerlukannya untuk membuat makan tengah hari atau makan malam yang enak Mesin ini terletak di pegunungan jauh di Prefektur Hyogo Utara. Bagi penduduk bandar, membeli telur dalm mesin layan diri adalah sangat pelik tetapi bagi orang-orang yang tinggal di pergunungan, ia satu keperluan. 3. EPAL Sama seperti pisang , mesin layan diri snek yang