KARI AYAM SIMPLE DAN SEDAP
Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ni apa kata anda cuba resipi kari ayam ini. Mudah dan senang sahaja. Jom kita cuba.
Bahan-bahannya :
1.12 ketul ayam
2. 2 biji kentang(potong 4)
3. 6 ulas bawang putih
4. 3 inc halia
5. 1 asam keping
6.1 kotak santan
7. Air secukupnya
8. 10 sudu besar kari babas
9. Gula melaka dan garam secukupnya
10.4 ulas bawang merah
Cara-caranya:
1. Kisar bawang merah,bawang putih dan halia. Selepas itu campurkan dengan serbuk kari babas. Tambahkan sedikit air jika terlau pekat.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar-termasuk serbuk kari tadi.
3.Tumis sehingga pecah minyak-seperti gambar di bawah.
4. Selepas itu,masukkan lah ayam dan ubi kentang.Kacau sama adil dan saksama agar semua ayam dan ubi kentang kena bahan yang ditumis tu. Tambahkan air.
5. Apabila ayam separuh masuk, masukkan santan,gula melaka dan garam secukupnya.Kacau dan kacau lagi.
6 .Biarkan diatas dapur dan sesuaikan kepekatan kuah megikut citarasa anda.
7. Siap.
SELAMAT MENCUBA.
Ulasan
Catat Ulasan