TIPS PENJAGAAN VENDING MACHINE YANG PERLU ANDA TAHU

Penjagaan mesin layan diri bukanlah perkara yang sukar. Tugas anda bukan hanya untuk menrefillkan stok2 minuman mahupun makanan, tetapi kadangkala mesin ini memerlukan juga penjagaan dari anda. Namun ia tidaklah sekerap mungkin jika dibandingkan bisnes-bisnes yang lain. 



Image result for gambar pembersihan



Antara peralatan-peralatan yang perlu disediakan:

1. Kain buruk

Kain buruk digunakan untuk mengelap dan mencuci habuk-habuk serta kotoran yang terdapat di mesin.

2. Berus(cat/dll)

Untuk mencuci sawang-sawang pada compressor dan lain-lain tempat

3. Botol Spray Bersabun

Untuk mencuci mesin

4. Screwdriver Philips

Pilih yang panjang dan simpan  untuk digunakan troubleshoot

Langkah-langkah untuk membersihkan:

1. Bersihkan segala habuk,sawang yang melekat pada mesin luar dan dalam.

2. Bersihkan jua pada bahagian coin changer dan note acceptor.

3. Bersihkan sawang pada lubang compressor agar air sentiasa sejuk.

4. Bersihkan jua di bahagian display air,bahagian cermin dan lampu, pastikan ianya bersih. Mungkin anda tidak sedar kadang-kadang ada serangga kecil yang mati.Spray dengan air sabun.

5. Susunan air di bahagian display juga perlu diupdate dari semasa ke semasa. Tukar tin/botol yang lama kepada yang baru. Pastikan di bahagian display nampak cantik dan kemas.

6. Fikirkan juga idea-idea yang menarik dan kreatif untuk menarik minat orang ramai untuk mendekati mesin anda.

7. Anda harus ingat mesin ini perlu dijaga rapi agar anda dapat mewariskan kepada anak-anak anda nanti. Jadi jagalah sebaik mungkin. 


Untuk bisnes vending machine ini, anda tidak perlu untuk membersihkan mesin anda setiap hari seperti kebanyakan bisnes-bisnes yang lain. Anda hanya perlu mencuci sekali dalam dua bulan,bergantung juga pada lokasi yang anda letak. 


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI ATAU MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 012-3927411(FIRDAUS) ATAU 03-80748414(OFFICE).

JOM BUAT BISNES SEKARANG!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE