NAK MULAKAN BISNES TAPI TAK ADA MODAL ?
Ramai yang percaya bahawa kalau nak mulakan apa-apa perniagaan sekalipun, walau sekecil mana sekalipun akan memerlukan modal. Hal ini memang tidak dapat dinafikan justeru menyebabkan masih ramai yang tidak memulakan perniagaan sampai sekarang. Memulakan perniagaan ini memerlukan semangat yang tinggi dan seharusnya berani mengambil risiko.
.
Namun begitu, ada kalanya anda juga boleh memulakan perniagaan tanpa ada duit sebagai modal awal. Bagaimana caranya?
.
1. Kekalkan Makan Gaji, Mulakan Perniagaan Part Time
Anda tidak perlu berhenti kerja dan berikan tumpuan penuh untuk perniagaan yang dijalankan.Buat sahaja terlebih dahulu secara part time. Hal ini kerana dengan gaji yang anda dapat untuk sara kehidupan dan keperluan yang lain, termasuklah sedikit perbelanjaan untuk menjayakan idea bisnes.
Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kemudahan untuk memulakan perniagaan tanpa perlu berhenti kerja adalah sesuatu yang boleh dan mudah dilaksanakan. Asalkan anda boleh membahagikan masa dan tidak lari dari tanggungjawab dalam kerja makan gaji. Anda hanya perlu mengambil masa untuk membina perniagaan anda perlahan-lahan.
2. Buat Bisnes Servis Berdasarkan Kemahiran Yang Ada
Fikirkan apa kemahiran peribadi yang anda ada dan jenis kemahiran yang seharusnya dapat membantu orang lain yang memerlukan. Ada banyak kemahiran yang ada permintaan di pasaran. Biasanya ia berkait rapat dengan aktiviti perkhidmatan dan bukannya produk fizikal.
Yang penting anda ada kemahiran hasil dari pengalaman yang ada sebelum ini yang membuatkan anda lebih cekap berbanding orang lain. Jadi cuba fikirkan satu kemahiran yang dah ada dalam diri dan fikirkan siapa yang memerlukan kemahiran itu sekarang.
3. Jual Barang Yang Tidak Berguna
Jika anda masih lagi tidak dapat mengenal pasti apa kemahiran yang anda ada, anda boleh cuba melihat sekeliling rumah anda. Barangkali ada barang yang masih boleh digunakan tetapi anda dah tak perlu. Jadi kumpulkan barang-barang tersebut. Boleh juga pergi lihat di rumah ibu bapa anda,rumah saudara-mara ataupun jiran anda mengenai barang-barang yang tidak diperlukan.
Ambil kesemua barang tersebut dan mula cari pelanggan yang sanggup membelinya. Paastikan anda memberikan ganjaran kepada pemilk asalnya setelah barangannya berjaya dijual.
4. Buat Pertukaran Barang atau Servis
Anda juga boleh mencuba untuk membuat pertukaran barang atau servis. Cari peralatan atau barang yang anda perlu untuk mulakan bisnes tersebut,dan tawarkan apa-apa barangan atau servis yang pemilik perlukan.
Contohnya: Anda inginkan mesin potong rumput dan ingin membuat servis potong rumput. Jika ada orang yang memiliki mesin tersebut dan jarang digunakan. Jadi, anda bolehlah menawarkan khidmat potong rumput di sekeliling rumah mereka dengan percuma setiap bulan dan sebagai pertukaran anda akan simpan dan gunak mesin rumput mereka.
5. Cari Pelabur
Anda boleh juga mencuba untuk mencari pelabur. Pastikan mereka sanggup untuk melabur bagi idea bisnes anda itu.Boleh kemukakan idea-idea mantap sampai mereka rasa rugi jika tak melabur.
.
.
Mungkin ada banyak lagi cara lain yang anda sudah tahu tapi semuanya tidak berguna jika anda masih tak bergerak.Pesanan akhir, jangan pinjam duit AH LONG,dan jangan juga guna duit kad kredit. Kosnya amat tinggi dan hidup anda mungkin rosak disebabkan itu.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMULAKAN BISNES MESIN LAYAN DIRI, SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 012-3927411 (FIRDAUS) ATAU 03-80748414(OFFICE)
LAYARI WEBSITE KAMI http://gavending.com/

Ulasan
Catat Ulasan