10 IDEA BISNES KECIL YANG BOLEH JADI BESAR
Tahukan anda sebenarnya kebanyakan perniagaan yang besar sekarang adalah bermula dengan perniagaan yang kecil.Namun begitu, ramai yang lupa dan terleka dan hanya memikirkan idea untuk perniagaan besar tanpa memikirkan realiti bahawa hasil dari idea perniagaan yang kecil inilah yang akan berkembang menjadi perniagaan yang besar,
Antara contoh jenis perniagaan kecil yang anda boleh kembangkan menjadi besar adalah seperti:
1.BISNES KEK/CUPCAKE
Dulu jarang sekali kita melihat orang menjual kek di pasar malam. Malah mungkin anda tidak pernah terfikirkannya. Pada masa sekarang, kek banyak di jual di internet, pasar malam dan juga kedai2.Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan senddiri. Ada juga yang mengambil kek orang buat dan memasarkan dengan jenama sendiri.. Tak kisah yang mana satu pilihan yang pentingnya adalah ilmu perniagaan. Jika di tambah dengan minat, bisnes membuat kek ini mempunyai potensi yang tinggi untuk melangkah lebih jauh.
2.BISNES KUIH FROZEN
Bisnes kuih frozen juga menjadi trending sejak kebelakangan ini. Perubahan gaya hidup pada masa sekarang ini memerlukan masyarakat untuk sentiasa bergerak pantas selari dengan peredaran masa. Tidak kira sama ada anda ingin membuat sendiri dan memasarkan sendiri ataupun anda memasarkan kuih frozen yang dibuat oleh orang lain. Semuanya terpulang pada anda.
3.BISNES MAKANAN DI PASAR MALAM
Antara perkara yang paling laris tak menang tangan di pasar malam adalah perniagaan makanan. Untuk bisnes makanan ini anda haruslah mengutamakan servis dan kualiti makanan. Sekiranya makanan yang di jual adalah sedap pastinya gerai anda akan dikerumuni orang ramai. Jadi anda perlu fikirkan apa sahaja makanan yang rutin yang boleh di jual di pasar malam. Walupun bisnes iini nampak kecil tetapi ia boleh membawa keuntungan yang besar.
4. BISNES TUDUNG
Bisnes tudung juga mampu mencecah jutaan ringgit. Anda perlu lah memimirkan strategi yang tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung ini dengan suntikan idea dunia fesyen ke dalamnya.Bisnes tudung ini amat menarik dan boleh dimulakan secara kecil kecilan dan boleh di jual secara online.Selami dunia model dan fikirkan semua model perniagaan tudung yang ada dan bina satu model yang anda rasa sesuai dan menarik.
5. BISNES DELIVERY
Menyediakan delivery service juga satu bisnes yang berpotensi tinggi. Pada zaman ini, perniagaan online menjadi kegilaan ramai.Sudah tentu mereka mahukan khidmat penghantaran.Syarikat penghantaran besar juga perlukan syarikat kecil dan persorangan untuk support aktiviti mereka. Anda boleh mulakan dengan mengambil sub dari syarikat besar tersebut secra persendirian. Lama kelamaaan bisnes anda juga akan berkembang dengan besar.
6.BISNES BAIKI PAIP ATAU KEBOCORAN
Perniagaan ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh warga asing. Mungkin di kalangan orang tempatan tidak mempunyai masa . Tapi tahukan anda dengan kepakaran yang anda ada, bisnes ini juga berpontensi untuk berkembang. Dengan jumlah perumahan yang sentiasa bertambah, ia dapat meningkatkan lagi permintaan. Anda boelh menawarkan dahulu kepada jiran jiran atau saudara mara anda yang terdekat untuk menimba pengalaman.
7.BISNES CATERING
Anda juga boleh mencuba untuk mengambil upah memasak. Cuba tanya jiran yang mahu tawaran anda untuk memasak. Tentu ramai yang mahu tawaran memasak dengan harga berpatutan. Bermula dengan satu keluarga akan menjadi dua dan seterusnya berkembang menjadi besar.
8.BISNES BAJU MUSLIMAH
Pakaian muslimah juga mempunyai pasaran yang tersendiri. Untuk memastikan bisnes niche anda menjadi kaya raya,pastikan bisnes anda menjadi leader dalam niche tersebut. Boleh di mulakan dengan kecil kecilan secara trading dan tetapkan satu konsep yang anda rasa ada permintaan yang cukup tinggi.
9. BISNES BURGER
Ini juga merupakan perniagaan yang senang sangat di ceburi. ratusan ribu peniaga burger menggunakan konsep stall burger. Mereka mula berniaga di tepi jalan, tepi restaurant menjelang waktu petang. Industri ini juga banyak membantu perkembangan daging burger satu masa dahulu.
10. BISNES VENDING MACHINE
Bisnes mesin layan diri(vending machine) juga menjadi treading pada masa sekarang. Selain konsepnya yang mudah, cepat dan senang ia juga tidak memerlukan staff untuk berkerja. Anda hanya perlu membeli mesin dan mencari lokasi yang sesuai. Boleh mulakan dengan membeli satu mesin dan apabila ia mencapai keuntungan yang anda inginkan anda boleh menambah untuk mesin yang kedua dan seterusnya menjadikan anda seorang usahawan vending machine yang berjaya.
Ini adalah sebahagian dari contoh idea bisnes yang kecil di mana anda boleh kembangkan menjadi besar. Bisnes kecil yang anda sedang atau laksanakan hari ini boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat satu hari nanti.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG BISNES MESIN LAYAN DIRI ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI 0123927411(FIRDAUS) UNTUK SEBARANG KETERANGAN LANJUT.
Ulasan
Catat Ulasan