TIPS ATASI PENING KEPALA SIMPLE DAN MUDAH
Anda rasa stress?Terasa berdenyut-denyut kepala tambah2 lagi di bulan puasa ni. Rasa pening ini kadang kala menganggu tugas harian kita seolah-olah terasa mahu pengsan. Namun demikian , ia tidaklah berbahaya asalkan kita tahu cara mengatasinya. Biasanya ia akan cepat sembuh apabila kita berehat. Ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk mengatasi rasa pening ini dan anda boleh mencubanya tanpa makan atau minum.Tips ini sangat2 mudah dan ringkas shj. 1.MENARIK NAFAS DALAM. Duduk atau baring dalam keadaan selesa letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Mulut hendaklah ditutup. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yg tak ditutup tu. Cuba bernafas secara maksima sehingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan. Tahan nafas dgn menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi langka...