5 SEBAB VENDING MACHINE TERKENAL DI JEPUN

Tahukah anda bahawa terdapat 3.8 juta vending machine atau mesin layan diri yang beroperasi di Jepun dan Jepun merupakan salah satu negara yang menguasai pasaran mesin layan diri ini. Menurut Persatuan Pengilang Mesin Layan Diri Jepun nisbah bagi 1 mesin layan diri adalah dianggarkan untuk 23 orang di Jepun manakala jumlah jualan tahunan adalah dianggarkan lebih kurang $60 billion.

Apakah punca-punca yang menyebabkan mesin layan diri ini begitu terkenal di Jepun?


1.Peningkatan Harga Kos Buruh


Jepun telah mengambil alternatif menggunakan vending machine bagi mengurangkan keperluan pekerja sepeerti juruwang. langkah ini di ambil kerana peningkatan kos buruh. Seorang professor ekonomi dari University of Connecticut mendapati kadar kelahiran di Jepun telah semakin susut.Populasi penduduk jua yang semakin lanjut usia malah kurangnya kemasukan warga asing menyebabkan tenaga buruh mahal dan sukar didapati.


2. Pembelian Berasaskan Tunai




Tidak seperti Malaysia, masyarakat Jepun lebih gemar menggunakan tunai dalam apa jua pembelian jika dibandingkan dengan kad kredit. Mereka bukan sahaja gemar membawa wang kertas malah akan membawa wang syiling ke mana pun mereka pergi.Tidak kira peringkat usia,tua atau muda, penggunaan mesin layan diri berasakan tunai amat digemari oleh masyarakat di sini.


3. Cinta akan Teknologi



Kita sedia maklum bahawa penduduk di matahari terbit ini cukup obses akan teknologi dan robotik.Disebabkan itu, Jepun berjaya mendominasikan perniagaan vending machine. Vending machine di Jepun ini mempunyai pelbagai bentuk dan automasi. Sikap suka akan teknologi ini meyebabkan hidup mereka lebih teratur dan berdisiplin.


4. Harga Hartanah yang Melambung




Akibat harga tanah yang melambung tinggi, penduduk Jepun lebih selesa menyewa rumah kecil hanya untuk berteduh dari hujan dan panas. Jadi, disebabkan perkara ini, rumah yang kecil tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mereka menyimpan alatan dan menyimpan makanan. Rentetan daripada itu,vending machine menjadi pilihan utam bagi mereka untuk mendapatkan keperluan harian.


5. Kadar Jenayah yang Rendah.



Negara Jepun juga terkenal dengan keindahan budaya. Dengan kadar jenayah yang rendah maka tidak hairanlah mesin layan diri ini ditempatkan di kawasan atau tempat-tempat yang gelap.  Dengan kadar kes vandalism atau kecurian yang rendah menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar vending machine ini tidak berasa bimbang akan unsur-unsur jenayah.


BERMINAT UNTUK MEMULAKAN MESIN LAYAN DIRI? JOM HUBUNGI KAMI SEGERA 012-3927411(FIRDAUS) ATAU 03-80748414(OFFICE)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE