10 TIPS BISNES MAKANAN DI PASAR MALAM
Anda bercadang buka bisnes makanan di pasar malam tapi kadang-kadang tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelanggan anda. Selain payung besar, meja , bayar sewa tapak gerai apa lagi keperluan yang perlu anda ada?
1. Pembungkusan produk haruslah dalam keadaan baik dan bersih.
contoh: Anda bungkus serunding dengan plastik. Pembungkusan hendaklah diganti dengan plastik yang baru agar sentiasa kelihatan baru.
2. Produk sentiasa keadaan yang elok.
Pastikan makanan tidak hangit, tidak basi, kurang sedap dan sebagainya.
3. Susunan produk.
Yang mahal letak di belakang, yg murah letak di depan. Supaya pelanggan tidak terkejut dengan harga produk anda.
4.Gunakan alas meja yang menarik warnanya. Warna yang boleh buat orang lapar contohnya merah, kuning dan oren.hihi
5.Guna periuk yang besar untuk menjual (yang melibatkan makanan yang berat2). Lagi besar lagi bagus. Supaya orang nampak dan ingat kedai kita.
6. Sibuk- sibukkan diri.
Gerai yang sentiasa menyibukkan diri akan lebih menarik perhatian pelanggan.boleh buat aktiviti mengelap, mengemas atau mempromote produk anda. Elakkan duduk di kerusi tanpa berbuat apa-apa
7.Berlakon jadi pelanggan. Sekiranya tiada pelanggan juga,berlakonlah jadi pelanggan. Suruh staf2 kita yang berlakon. Insyaallah berkesan kerana pelanggan akan lebih tertarik untuk pergi ke gerai yang sudah ada pelanggan.
8.Kebersihan sangat-sangat penting. Pastikan gerai anda sentisa kelihatan kemas dan bersih. Pakai apron
9. Tidak kedekut dengan pelanggan.Jika ada pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak anda boleh memberi lebih sebagai tanda penghargaan. Kebiasaan pelanggan akan datang lagi ke gerai anda untuk minggu keseterusnya.
SELAMAT MENCUBA!!
Ulasan
Catat Ulasan