KEK BATIK OREO
Pada yang tak tahu nak masak dessert apa yang best, apa kata korang cuba kek batik oreo ni.Senang ja caranya. Jom kita buat.
Bahan-bahan:
1.2 cawan milo
2.3 sudu besar serbuk koko
3. 250g mentega
4. 1/2 tin susu pekat
5.30 keping biskut marie(anggaran)-dipatahkan kecil
6.2 paket biskut Oreo(dipatah-patahkan empat)
.
.
Cara-caranya:
1.Cairkan mentega dengan api yang kecil
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati.
3.Tambah milo dan serbuk koko dan gaul hingga tiada ketulan.
4.Tutup api,masukkan biskut marie yang dipatahkan dan gaul
5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin.
6.Tabur kepingan oreo ke atas adunan.
7.masukkan separuh lagi adunan dan ratakan.
8.Hias dengan kepingan oreo.
9.Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
10. Untuk hidang,celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang di ingini.
SELAMAT MENCUBA
Credit to:@seismikmakan
Ulasan
Catat Ulasan