BUANG 3 SIKAP BURUK INI SEBELUM ANDA MULAKAN BISNES LAYAN DIRI
Jika anda bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri, anda harus mengelak daripada melakukan tiga tabiat buruk ini. Tahukan anda kadang-kadang kita tidak sedar yang kita selalu melakukan tabiat ini yang semestinya menggangu hasil kerja kita.Jom kita ubah sekarang!
.
Suka bertangguh
Sikap suka bertangguh ini merupakan sikap yang suka menunda untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan boleh mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan anda. Perkataan seperti ''nantilah","tunggu dulu"haruslah anda elakkan. Contohnya jika anda memiliki mesin air layan diri dan seperti yang anda ketahui anda perlu refillkan stok air. Jika anda bersikap malas dan suka bertangguh secara tidak lansung ia akan menurunkan sales anda. Anda perlu rajin untuk selalu meninjau stock air supaya tidak berlaku kekurangan stock. Disebabkan mesin air layan diri ini beroperasi 24 jam, kita tidak tahu bila masa pelanggan akan membeli jualan kita. Jadi penting bagi kita untuk tidak bertangguh untuk merefillkan stok .
Mudah Putus Asa
Sekiranya hasil jualan anda tidak mencapai sasaran yang anda harapkan usah putus asa. Bak kata orang NEVER GIVE UP, GREAT THINGS TAKE TIME. Anda perlu kenalpasti apa kelemahan yang menjadikan hasil jualan anda rendah. Ada yang disebabkan faktor lokasi,ada yang disebabkan tidak bersih dan sebagainya. Sekiranya ia disebabkan faktor lokasi anda boleh mengubah lokasi mesin layan diri anda ke tempat yang lebih ramai orang. Cari penyelesaian atas segala masalah yang berlaku dan bukannya menyerah kalah!
Berfikiran Negatif
Berfikiran negatif bukan berlaku pada sesetengah orang tetapi semua orang pernah mempunyai fikiran negatif terhadap sesuatu dalam hidup mereka. Cuma yang membezakan adalah bagaimana untuk menukarkan kepada fikiran yang lebih positif dan optimis. Jika anda sentiasa mempunyai fikiran negatif anda tidak akan maju. Untuk berjaya dalam perniagaan mesin layan diri ini, anda perlu kekal positif. Bersahabatlah dengan orang-orang yang di tempat anda meletakkan mesin layan diri. Tegur dan sapalah mereka. Hal ini penting sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini pada mesin anda boleh memberitahu anda. Ambil tahu dalam setiap perkara dan bersikap positiflah sentiasa.
Tak semestinya sikap ini khusus untuk bisnes layan diri je. Bagi yang nak mulakan perniagaan yang lain pun sama jugak. Anda perlu buang sikap dan tabiat buruk ini. Jadi, Semoga berjaya!
.
.
JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH MENGENAI MESIN LAYAN DIRI BOLEH HUBUNGI 012-3927411.
.
.
JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/
DAN FOLLOW IG KAMI www.instagram.com/GAVending
Ulasan
Catat Ulasan