5 BISNES YANG KORANG BOLEH BUAT PADA HUJUNG MINGGU
Esok dah hujung minggu. Kebiasaaanya pada yang minat berbisnes akan terfikir-fikir untuk memulakan bisnes tetapi kekeringan idea bisnes apa yang sesuai dilakukan pada hujung minggu. Bagi yang ingin menambah pendapatan di sini kami akan kongsikan beberapa idea bisnes untuk korang buat pada hujung minggu.
1. Driver Part Time
.
Kepada yang suka memandu, diharap korang tidak mensia-siakan hobi hanya untuk diri sendiri sahaja. Banyak aplikasi perhidmatan yang memerlukan pemandu contohnya seperti Grab,My Car yang pastinya tidak asing lagi di kalangan kita. Di sinilah anda boleh menjana pendapatan wang anda dan menggunakan bayaran servis ini untuk membayar ansuran kereta,cukai jalan dan sebagainya.
2. Bakeri/Masakan
.
Kepada yang minat memasak kek dan manisan atau kudap-kudapan, pada masa inilah korang boleh tunjukkan skill korang. Sambil-sambil masak untuk family tu, korang boleh mengambil tempahan untuk menjual kepada orang lain. Menyediakan servis contoh membuat kek ataupun doorgift untuk majlis2 perkahwinan pastinya sangat menguntungkan. Jadi jangan sia-siakan bakat yang anda ada.
3. Servis membaiki gajet dan komputer
bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang IT boleh menyediakan servis ini pada hujung minggu. Menukar alat gantian komputer, tab dalam telefon pintar,mengformat semula isian komputer. Boleh mula dengan memberi servis kepada rakan-rakan,jiran-jiran yang berdekatan anda. Tak ramai yang mempunyai kepakaran seperti ini dan charge yang dikenakan di kedai lebih tinggi. Jadi korang boleh juga mempromosi servis korang di media sosial agar diketahui umum.
4.Servis Promosi dan Review
Dengan menjadi popular di media sosial dan mempunyai followers yang ramai ada banyak faedahnya.Cuma korang perlu bijak untuk mencari peluang yang ada. Dekati follower2 korang dan tahu kesukaan mereka. Mereka yang popular di media sosial ini biasanya akan didekati oleh brand2 yang popular,online shop bahkan ada yang akan mintak korang review tempat makan. Korang akan dibayar apabila korang review atau prome barang-barang mereka.
5. Photography
Pada yang memiliki kamera DSLR jangan terhadkan kepada hobi semata. Asah bakat anda dan join kelas2 photography ini then mulakan servis sebagai jurugambar hujung minggu.Boleh juga mulakan dengan servis bajet untuk sambutan hari jadi atau event2 kecil di sekolah2. Dan dari situ jugalah bakat anda akan lebih berkembang untuk majlis yang besar2.
BERMINAT UNTUK MULAKAN BISNES SENDIRI?JOM MULAKAN BISNES MESIN LAYAN DIRI.JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH MENGENAI VENDING MACHINE,HUBUNGI 012-3927411(FIRDAUS)
Ulasan
Catat Ulasan