ADA DUIT TAPI CEPAT HABIS?

Pernahkah terlintas di hati anda "mana duit aku ni?". Ia selalunya akan timbul apabila anda tidak mempunyai sebarang pelan perancangan kewangan sebagai panduan. Sidrom penyebab pokai walaupun anda mempunyai banyak wang haruslah diatasi. Apakah faktor yang menyebabkan ia terjadi?
.
.
1. Tiada Pelan Perbelanjaan

Image result for gambar checklist


Apabila anda tiada pelan perbelanjaan anda tidak boleh membezakan antara keperluan dan kehendak anda.  Seharusnya, anda menyenaraikan perbelanjaan anda mengikut keutamaan. Anda juga perlu mengambil tahu perbelanjaan-perbelanjaan tetap dan meneliti secara terperinci segala perbelanjaan anda.

2. Tiada Simpanan Tunai 

Image result for gambar duit tunai


Pakar-pakar kewangan mengesyorkan setiap keluarga mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pendapatan tahunan mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut, anda hendaklah menggalakan budaya menabung dan berbelanja secara berhemah.
.
3. Terlalu Banyak Menggunakan Kemudahan Kredit

Image result for gambar kad kredit


Menggunakan kemudahan kredit sama ada ia akan membantu atau menambahkan masalah anda. Ini bergantung kepada cara anda mengunakan kemudahan tersebut. Jdi berhati-hatilah dalam mengguna kemudahan kredit anda. Pastikan pembayaran semasa bersesuaian dengan belanjawan anda dan jangan mengambil kredit lebih dari kemampuan.

4. Perbelanjaan-Perbelanjaan Kecil

Image result for gambar pasar malam


Kadang kala anda tidak sedar perbelanjaan2 kecil yang dibuat mengikut gerak hati jika dicampukan akan menjadi satu jumlah yang besar. Catitkan setiap sen yang anda belanjakan itu dalam seminggu dan cubalah mengawal dari berbelanja kepada perkara yang sia-sia.

5. Tabiat Kurang Cermat Semasa Membeli Belah

Image result for gambar beli belah


Sewaktu ingin membeli belah senaraikan dahulu apa yang ingin di beli.Kadang-kadang keinginan kita adalah lebih besar dari kemampuan kita. Selalunya memang ada tekanan2 dalam diri kita untuk membeli barangan dan selalunya tekanan itu datang dari para pengiklan untuk menambah tekanan. Ini membawa kepada pembelian barangan tanpa membuat perbandingan kepada nilai dan harganya. Jadi teliti dahulu sebelum membuat pembelian.

6. Tabiat Tidak Menabung Secara Kecil-kecilan

Image result for gambar menabung


Jangan berasa tawar hati jika anda hanya mampu menabung dalam jumlah yang kecil. Percayalah sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. RM10 yang anda simpan akan jadi lebih dari rm1000 dalam masa kurang 2 tahun. Jadi mulalah menabung sekarang!



BERMINAT UNTUK MELIPAT GANDAKAN PENDAPATAN ANDA? JOM BUAT PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI.PERNIAGAAN YANG MUDAH, SENANG DAN CEPAT. HUBUNGI 
012-3927411(FIRDAUS) UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE