5 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENINGKATKAN JUALAN VENDING MACHINE ANDA
Beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian jika anda mempunyai mesin layan diri. Kadang-kadang benda yang simple ini tapi kalau tidak beri perhatian hasil jualan anda akan merosot.
1. Kebersihan Mesin Layan Diri Anda
Pastikan mesin layan diri anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga. Pelanggan yang menitik beratkan soal kebersihan akan datang semula ke mesin layan diri anda jika mesin layan diri anda bersih kemas dan cantik. Tidak kira luar dan dalam anda harus menitik beratkan soal kebersihan. Terkena percikan ar, habuk dan sebagainya antara contoh yang perlu anda perlu anda bersihkan.
2. Meletakkan Produk Anti Serangga
Keadaan persekitaran kadang kala tidak boleh dijangka. Kadang-kadang ia mengundang kepada tetamu yang tidak dijangka seperti lipas, semut dan serangga lain. Jadi disarankan untuk menyembur serai wangi anti serangga di kawasan sekeliling vending machine anda.
3. Sticker dan design yang menarik.
Jangan tak tahu kadang-kadang sticker yang menarik dan cantik akan menarik perhatian pelanggan. First impreesion sangat2 lah penting. Jadi pilihlah sticker yang menarik yang boleh menarik perhatian pelanggan anda. Jika anda meletakkan di sekolah rendah,boleh anda beli sticker lain untuk ditambah di mesin layan diri bagi menarik perhatian pelajar seperti sticker boboiboy ,upin-ipin dan sebagainya. Pandai2 lah anda men'decorate'kan vending machine anda.
4.Letakkan cara guna
Kita tak tahu ada sesetengah pelanggan baru pertama kali ingin membeli di mesin layan diri anda dan tidak tahu cara untuk membeli di mesin layan diri. Anda boleh menbuat satu memo kecil mengenai cara ingin membeli di vending machine anda dan tampal di mesin layan diri anda. Peringatan seperti untuk memasukkan satu2 keping note duit juga harus diletakkan kerana tidak semua orang akan tahu menggunakan vending machine ini. Step by step cara membeli ini penting supaya pelanggan tidak menjahanamkan mesin layan diri anda.
5. Pilihan yang menarik
Bagi yang mempunyai combo vending machine, letaklah produk2 pilihan yang menarik dan terkini agar dapat menarik perhatian pelanggan anda. Sekiranya ada produk baru keluaran terkini dan sesuai anda disarankan untuk meletakkan di vending machine anda. Bagi yang mempunyai coffee vending machine, anda disarankan untuk menyediakan pilihan serbuk coffee yang sedap dan semestinya pelanggan akan beulang kali membuat pembelian. Kami di GA VENDING juga ada menjual coffee powder(serbuk coffee) untuk anda dengan 4 pilihan. Anda boleh menghubungi kami di 012-3927411 atau 03-80748414 untuk sebarang pembelian.
JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN , MASALAH ATAU BERMINAT INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI ANDA BOLEH HUBUNGI
012-3927411(FIRDAUS)
Ulasan
Catat Ulasan