TAK KENAL MAKA TAK TAHU
Seperti yang kita sedia maklum, mesin layan diri dicipta untuk memberi kemudahan kepada orang ramai. Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kebanyakan orang sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi dengan terciptanya mesin layan diri ini akan memudahkan kerja kita. Jom kita kenali beberapa jenis mesin layan diri yang ada di negara kita.
..
.
1. MESIN MINUMAN LAYAN DIRI (CAN VENDING MACHINE)
- menawarkan air tin yang sejuk bagi pengguna yang haus dan susah untuk mendapatkan minuman di kawasan terdekat.
- Kebiasaan can vending machine ini diletakkan di kawasan asrama,sekolah,fakulti,kolej dan sebagainya.
- Bergantung pada jumlah slot air yang dimasukkan dan bukannya kuantiti. Contohnya seperti 100 Plus, Milo,Dutch Lady dan sebagainya.
- Minimum slot adalah 20 slot dan maximum slot 40 slot. Makin banyak slot, makin tinggi air tin dan botol yang boleh di isi dan makin tinggi harganya.
- Sesetengah jenis air tin boleh diletakkan dalam beberapa slot. Jika ingin melihat pilihan air mana yang mendapat sambutan, lihat pada jumlah air yang selalu di refillkan.
2.MESIN CUP SEJUK PANAS (VENDING MACHINE HOT AND COLD)
- menawarkan kopi segar, atau coklat panas.
- membolehkan pengguna jenis kopi tertentu dan memberikan cawan, kopi, susu atau krim.
- Biasanya diletakkan di pejabat atau kolej. Contohnya apabila pengguna di pejabat kesuntukan masa, mereka boleh mengguna vending machine hot and cold kerana ia lagi menjimatkan masa.
3. MESIN KERUSI URUT LAYAN DIRI (MASSAGE VENDING MACHINE)
- Tidak perlu beli dan jual barang. Tidak perlu beli produk banyak kali. Tidak perlu untuk menambah stok.
- Tidak perlu datang pantau setiap hari. Tugas anda hanyalah mengutip duit seminggu atau dua minggu sekali.
- Tidak memerlukan anda untuk mencari pelanggan. Kebiasaan diletakkan di shopping mall, surau dan dobi 24jam.
- Paling mudah dan senang anda hanya perlukan lokasi yang sesuai sahaja.
4. MESIN LAYAN DIRI COMBO (COMBO VENDING MACHINE)
- Sama seperti mesin minuman layan diri, mesin layan diri combo atau combo vending machine adalah combinasi makanan dan minuman.
- Menjadi pilihan kebanyakan orang yang ingin memulakan perniagaan mesin layan diri kerana ia lebih memberi pilihan kepada pengguna.
- Pengguna boleh membuat pilihan samaada ingin makanan atau minuman atau kedua- duanya sekali.
- Menawarkan lebih banyak pilihan dan semestinya lebih menguntungkan.
- Kebiasaan diletakkan di universiti, kolej, asrama dan sekolah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai vending machine, boleh hubungi
012-3927411-Firdaus
JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/
DAN IG KAMI www.instagram.com/GaVending
Ulasan
Catat Ulasan