7 TIPS JIMAT BERBELANJA MUSIM PERAYAAN

Raya dah nak dekat ni..Setiap kali tiba musim perayaan banyak tawaran membeli belah dari pelbagai perniagaan. Tidak kira sama ada pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya.
.
.
Disini kami ingin berkongsi tips untuk jimat berbelanja sempena Syawal yang bakal tiba nanti.
.
.

Related image



1.BUAT SENARAI YANG INGIN DI BELI

Image result for gambar checklist

.
Anda perlu mengetahui seberapa banyak barang yang anda perlukan dan pastikan ia mengikut keperluan anda dan bukannya kehendak. Buang senarai yang dirasakan tidak perlu dan susun bajet yang perlu anda keluarkan.
.
.
2.TINGGALKAN KAD KREDIT

Image result for gambar duit

.
Bawa wang tunai dan debit sahaja apabila anda membeli-belah. Bawa wang untuk membeli keperluan sahaja.
.
.
3.BELI SEAWAL MUNGKIN

Image result for gambar shopping mall

.
Ada sesetengah dari anda yang suka membeli last minute untuk mendapatkan potongan harga yang murah. Namun tahukah anda, belum tentu saiz dan warna yang anda mahukan itu ada pada masa itu. Jadi anda perlulah merancang dengan bijak dan emilih waktui nyang sesuai seperti waktu pagi di mana pilihan anda lebih banyak dan lebih selesa untuk membuat pilihan kerana tidak ramai orang pada masa itu.
.
.
4.BANDINGKAN HARGA BARANG
.
Anda perlulah membuat kajian telebih dahulu sebelum membeli barang. Adalah sangat penting untuk anda membandingkan harga barangan yang anda inginkan. Lihat kedai yang memberikan harga yang jauh lebih murah. Pastikan anda mendapat maklumat diskaun sebanyak yang boleh.
.
.
5.BIJAK TAWAR-MENAWAR SEMASA MEMBELI

Image result for gambar orang membeli

.
Tidak salah sesekali mencuba. Ringankan mulut anda untuk bertanya dan sikap ringan mulut anda menawarkan harga yang telah di tetapkan ketika membeli mungkin memberi kebaikan kepada wang yang anda keluarkan. Walaupun sedikit pengurangan wang namun ia mampu menjimatkan wang. Namun harus diingat, bukan semua tempat boleh tawar-menawar.
.
.
6. BAWA PENASIHAT BERSAMA
.
Sebaiknya, jangan pergi bersorangan. Bawalah seorang penasih yang boleh membantu anda untuk megingatkan dan memberi pendapat ketika berbelanja. Ia akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik selain tidak perlu untuk membeli barangan yang tidak perlu.
.
.
7.UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Image result for gambar ukur baju di badan sendiri

.
Jangan berbelanja mengikut nafsu semata-mata untuk menyambut hari raya. Hilangkan anggapan bahawa hari raya mesti segalanya bertukar kepada barang baru. Berbelanjalah mengikut kemampuan anda dan jangan sesekali meniru gaya orang lain. Gunakan kreativiti anda untuk mengubah suai barang2 lama anda menjadi lebih cantik dan menarik untuk digunakan pada hari raya nanti.

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK..

JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/

DAN IG KAMI www.instagram.my/GaVending
 

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI VENDING MACHINE.

012-3927411-Firdaus


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE