5 TIPS UNTUK MEMILIH LOKASI YANG "HEBAT''

Sebelum memulakan perniagaan mesin layan diri, kita haruslah banyak membuat kajian terlebih dahulu. Seperti yang kita sedia maklum pemilihan lokasi yang bersesuaian amatlah penting untuk kita menjana pasif income.
.
.
Di sini, kami akan kongsikan 5 ciri-ciri penting untuk memilih lokasi bagi meletakkan mesin layan diri ini.
.

Image result for gambar lima jari



1. WAKTU TEMPAT OPERASI YANG PANJANG

Seelok-eloknya pilih lokasi yang mempunyai waktu perniaagaan yang panjang sekurang-kurangnya 12 jam ke atas. Semakin panjang waktu operasi sesebuah tempat semakin ramai orang yang guna vending machine anda dan makin banyak keuntungan yang anda dapat.

2. TEMPAT ORANG YANG MENUNGGU

Pilih tempat-tempat atau kawasan orang yang menunggu. Contohnya seperti kaunter-kaunter, hentian bas, car wash dan sebagainya.

3. TEMPAT YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI

Lokasi yang menjadi tempat lalu lalang orang ramai semestinya membawa keuntungan yang besar.  Ini membolehkan pembeli untuk melihat dan sekaligus membeli produk anda. Kebiasaanya apabila mereka telah membeli, mereka akan datang berulang-ulang kali datang untuk membeli lagi.

4. KAWASAN YANG BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN AWAM

Contoh kawasan yang berdekatan dengan kemudahan awam adalah seperti masjid/surau, klinik dan sebagainya. Kawasan ini biasanya akan menjadi tumpuan orang ramai menggunakan kemudahan awam tersebut. 

5.TEMPAT YANG BERSIH DAN SELESA

Pemilihan tempat yang bersih dan selesa juga memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan untuk membeli di mesin anda. Sekiranya lokasi yang anda itu selalu berselerak dan tidak bersih, ia sedikit sebanyak mengganggu pembeli untuk membeli di lokasi anda. 


Sekiranya Vending Machine anda di tempatkan di lokasi yang kurang mendapat sambutan, maka adalah penting bagi anda untuk menukar lokasi yang lain. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan anda menanggung rugi yang berterusan. Anda juga boleh berbincang dengan pihak pembekal anda untuk mendapatkan khidmat nasihat. 


Jika anda ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk menjalankan bisnes vending machine boleh hubungi 012-3927411-Firdaus


JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/

DAN IG KAMI www.instagram.my/GaVending







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERAPA KEUNTUNGAN JIKA BUAT BISNES VENDING MACHINE?

TAK CUKUP MODAL UNTUK BUAT BISNES VENDING MACHINE?

3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN VENDING MACHINE