4 LOKASI ''HOT'' BISNES VENDING MACHINE
Tidak dinafikan pemilihan tempat yang strategik merupakan faktor yang terpenting bagi menjalankan perniagaan vending machine.
.
.
.
1. Sekolah
.
JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/
DAN IG KAMI www.instagram.com/GaVending
.
.
Walaupun Vending machine ini boleh di ubah lokasi, namun adalah penting bg seseorang peniaga untuk membuat kajian atau research terlebih dahulu untuk mendapatkan lokasi yang sesuai dan pastinya menjadi tempat tumpuan pembeli. Pemilihan lokasi yang salah dan tidak bersesuaian boleh menjadi faktor pulangan modal yang rendah.
.
.
Di sini, kami akan berkongsi mengenai 4 lokasi yang strategik dan kebiasaaanya menjadi tumpuan para pembeli..
..
1. Sekolah
.
.
Kawasan sekolah merupakan salah satu tempat yang boleh memberi keuntungan yang tinggi. Kebiasaanya, para pelajar suka untuk membeli air mengunakan mesin layan diri. Selain ianya mudah dan senang, mesin ini beroperasi 24 jam dan membolehkan kakitangan dan para pelawat untuk membeli pada bila-bila masa sahaja. Perlu di ingatkan waktu peak hour adalah waktu rehat. Jadi perlu bagi anda untuk mengemaskini kan stok dan selalu meninjau keadaan mesin anda bagi memastikan kelancaran sale anda. Walaupun pulangan yang menguntungkan, namun anda harus bersiap sedia kemuningkinan sales anda akan turun sedikit sekiranya tiba musim cuti sekolah.
2.Universiti /Kolej Awam @Swasta
.
.
Universiti atau kolej tidak kira sama ada awam atau pun swasta merupakan tempat tumpuan orang ramai. Di kolej-kolej kediaman asrama mahupun fakulti antara tempat yang sering mendapat sambutan para pelajar mahupun para pelawat. Kebiasaannya food court ataupun dewan makan adalah jauh dari kolej kediaman mereka. Jadi dengan adanya kemudahan mesin layan diri ini semestinya akan memberi kemudahan kepada mereka.
3. Pusat Sukan
.
.
Di sini, permintaan untuk air mesin tin sememangnya diperlukan. Apabila orang letih bermain,mereka akan mencari air. Kawasan seperti ini anda perlu lah meletakkan air isotonic seperti 100 plus, redbull dan sebagainya. Namun harus di ingatkan supaya anda haruslah bertanya dan dapatkan persetujuan daripada owner kerana ada sesetengah sport centre telah menyediakan perkhidmatan menjual air.
.
4. Dobi Layan Diri 24 Jam
.
.
Pekhidmatan dobi layan diri sejak kebelakangan ini juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini kerana banyakanya permintaan dan semestinya jika anda meletakkan mesin layan diri pasti memberi keuntungan kepada anda. Tahukah anda salah satu rahsia untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi bagi mesin layan diri adalah lebih panjang masa beroperasi, lebih ramai orang menggunakan mesin layan diri anda.
.
.
Setiap produk dan jenis mesin layan diri mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadi amat penting bagi kita untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan sesuatu produk mesin layan diri yang kita gunakan bagi memastikan lokasi yang besesuaian dengan produk kita. Pemilihan lokasi yang tepat semestinya membawa pulangan yang menguntungkan.
..
JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/
DAN IG KAMI www.instagram.com/GaVending
Ulasan
Catat Ulasan