NAK JADI KAYA?JOM IKUT CARA NI
Kadang-kadang terdetik kat hati ''bestnya kalau aku kaya", ada banyak duit, ada rumah besar, kereta besar dan lain-lain lagi. Semua orang mengimpikan kesenangan hidup, namun tak semestinya menjadi kaya itu akan membuatkan jiwa dan hati kita tenang. Di hari Jumaat yang mulia ini, saya akan berkongsi tips bagaimana untuk membuatkan anda kaya.Jom kita baca.
1. Lepas korang makan kat gerai tu tak salah klu korang tinggalkan saja duit balance seringgit/dua atau sen2 kepada mereka yang serve korang. Anggap saja tu sedekah amal jariah korang. Tak luak pun duit dalam poket korang tu.
.
.
2.Kalau singgah di masjid/ surau untuk solat, jangan lupa sedekahkan kat tabung masjid tu. Seluk poket dan carik note yang paling BESAR untuk disedekahkan.Mana la tau kot2 tu sumbangan terakhir kita. Tapi tips yg ni tak ramai yang mampu buat sebab takut duit habis..hihi..Yg penting korang kena ikhlas dan besar ganjarannya bersedekah tambah2 lagi kalau hari Jumaat.
.
.
3. Cuba ubah tempat korang shopping. Kalau sebelum ni suka pergi ke pasaraya Tesco/Giant, cuba ubah untuk pergi ke pasar tani. At least boleh la tolong penjual2 kat situ. Tak perlu nak berkira sangat untuk tawar-menawar beli lauk/sayur,harga kat situ jauh lebih murah berbanding pasaraya dan semestinya bahan mentah lebih segar.
4. Sambil-sambil tu kalau nak belikan permainan utk anak,korang bawak je pergi pasar malam. RM10 dah macam-macam mainan boleh beli. Compare kalu pergi Toys R Us tu, RM10 bayar untuk parking je. Dalam masa yang sama korang dah bantu peniaga2 di pasar malam tu.
5. Kalau korang pergi isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong cuci cermin atau isikan minyak, korang ringankan tangan untuk bagi token sebagai tips untuk diorg.Tak kira apa bangsa sekalipun.
6. Bila naik teksi/ Grab tak salah kalau korang genapkan aje tambang tu. Tak salah sekali sekali membantu dan mereka pasti akan gembila ada penumpang macam korang ni.
7.Masa makan di restoren atau gerai sekali sekala cuba bayarkan untuk meja sebelah sekali. Tapi sebelum tu korang usha la tu agak2 meja mana yang korang patut bayar. Tak perlu sebab dan alasan.
.
.
8. Kalau korg tengah queue di mini market atau kedai runcit dan nampak anak2 kecik yang merengek nakkan jajan atau gula-gula, apa kata korang korg ambik dan bayarkan. Tak salah sekali sekala kita happykan kanak-kanak ni.
.
.
9. Nk melawat org sakit ni banyak ganjarannya. Biasanya mesti korang akan beli buah tangan dulu ye. Alang-alang nak beli apa kata kalau belikan extra 1 pack untuk jiran dia katil sebelah.Sambil-sambil tu doakan kesejahteraan mereka. Tinggi nilainya org sakit dapat ingatan sebegitu.
.
.
Sebenarnya dengan melakukan perkara di atas, kita dah pun menjadi kaya. Salah satu rahsia nak kaya adalah dengan membahagiakan orang lain. Usah risau kerana korg tak akan jadi papa kedana kalau melakukan hal di atas.Hari ini kita tangan yang memberi, mana tahu hari esok kita pulak yang menerima.
JOM LIKE FB KAMI https://www.facebook.com/gavending.com.my/
DAN IG KAMI www.instagram.my/GaVending
JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH BERKAITAN VENDING MACHINE SILA HUBUNGI 012-3927411-FIRDAUS
Ulasan
Catat Ulasan