5 KESILAPAN BESAR PERNIAGAAN VENDING MACHINE
"5 KESILAPAN UTAMA" YANG DILAKUKAN DIDALAM PERNIAGAAN VENDING MACHINE
.
.
.
Ingin memulakan perniagaan mesin layan diri atau vending machine ? Mudah ke seperti yang sering digembar-gemburkan? Kenapa ramai yang dah buat lepas tu jual balik mesin vending mereka ? Tidak dinafikan perniagaan vending machine adalah perniagaan yang mudah dan senang khas bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam kehidupan seharian dan ingin mencari pendapatan sampingan.

Dalam perniagaan vending machine kita memerlukan sedikit usaha untuk memulakannya. Usaha tersebut adalah seperti membeli dan mencari tempat bagi mesin vending anda pada permulaannya dan diikuti dengan pemantauan bergantung kepada jenis mesin vending yang anda jalankan. Pendek kata letak je mesin lepas tu dah boleh kutip duit je. Senangkan :)…
.
.
Sepanjang saya melakukan perniagaan vending machine saya dapati terdapat 5 kesilapan utama yang mengakibatkan perniagaan vending machine itu gagal. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan perniagaan vending machine, Anda kene highlight 5 benda ni!…
.
.
Berikut adalah antara kesilapan yang utama yang dilakukan dalam perniagaan vending machine. Mudahan kita tidak melakukannya terutama bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan ini….
.
Sebagai pembeli kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan kita juga berhak untuk memilih dan membuatkan perbandingan antara pembekal dan pembekal barangan vending yang lain. Di malaysia terdapat banyak pembekal barangan vending machine. Anda juga boleh buat carian di internet mengenainya.
.
Nasihat saya, jika anda ingin membeli vending machine dari sesuatu pembekal pastikan anda menyelidik dahulu latar belakang syarikat tersebut dan pastikan syarikat tersebut betul2 wujud dan sebaiknya anda bersemuka dengan mereka. Luangkan sedikit masa untuk melawat kilang atau stor mereka bagi melihat sendiri stok vending machine yang di tawarkan. Hal ini penting bagi mengelakkan anda ditipu dan duit yang dilaburkan lebur begitu sahaja.
"Tidak survey harga"
.Zaman sekarang ni sangat mudah.Google je kat internet mengenai vending machine atau mesin layan diri. Segala maklumat mengenai perniagaan vending machine termasuk harga anda boleh dapat dengan mudah. Dengan melakukan cari harga bagi sesuatu barangan mesin layan diri, anda mungkin dapat menjimatkan sejumlah wang kerana anda boleh mengetahui berapa harga pasaran bagi sesebuah mesin layan diri tersebut. Hal ini juga penting supaya anda tidak rasa rugi dan tertipu dengan pihak pembekal kerana ada sesetengah pembekal yang menaikkan harga pada kadar yang sangat tinggi sedangkan harga asalnya 2 ke 3 kali ganda lebih murah.
.
Selain itu , anda juga boleh bertanya dan belajar dengan rakan2 yang pernah melakukan perniagaan ini dan sedikit sebanyak-banyak mereka boleh kongsikan kepada anda mengenai perniagaan vending machine dan juga harga mesin yang dibeli oleh mereka. Sedikit sebanyak anda boleh buat perbandingan harga dan servis yang ditawar sekaligus menambahkan pengetahuan anda mengenai perniagaan ini juga.
Salah Pilih lokasi
.Terdapat banyak lokasi bagi menempat vending machine diluar sana tapi tak semua lokasi boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan. Mencari lokasi yang baik memerlukan anda menyelidik anda mengkaji keadaan dan trafik orang yang lalu lalang di sesuatu lokasi itu.
.
Kebiasaanya antara lokasi yang tidak mendatangkan keuntungan yang lumayan biasanya lokasi tersebut beroperasi kurang 12 jam, selalu sunyi dan takde orang lalu lalang, lokasi yang pada hari sabtu dan ahad tutup dan kadar sewa yang terlampau mahal.
.
Jadi, pastikan anda menyelidik dan membuat kajian menyeluruh sebelum menempatkan vending machine anda agar tidak mendatangkan kerugian nanti kelak
Hangat-hangat taik Ayam.
.Ramai yang bersemangat untuk memulakan perniagaan vending tapi tak ramai yang boleh maintain dengan perniagaan ini. Kebiasaan perkara ini terjadi disebabkan perasaan malas dan tak mahu ambik peduli terdapat mesin yang telah dibeli setelah beroperasi.
.
Ada juga yang dah beli vending machine tapi malas nak pergi pantau. Selagi mesin itu boleh buat duit dan tak rosak mereka just monitor ala kadar je. Setiap kali datang just nk kutip duit je dan mereka tak nak bersih-bersihkan mesin vending yang digunakan tersebut. Hal ini boleh menyebabkan mesin vending anda cepat rosak. Jadi, pastikan anda membuat pemantauan yang rapi setiap kali anda datang memungut wang dan membersih mesin vending anda supaya orang ramai selesa untuk mengunakan perkhidmatan mesin layan diri anda.
Mudah Putus Asa bila kutipan tak memberansangkan
.
Tidak kurang juga yang berputus asa dalam perniagaan ini. Walaupun perniagaan mesin layan diri ini mudah. Bila hasil kutipan duit mesin vending tidak memberansangkan , mereka terus give up and then lepas tu nak jual.
.
Jangan mudah putus asa. Jika lokasi tersebut tidak menguntungkan alih ke tempatkan yang lebih menguntungkan kerana dalam perniagaan vending machine ke untungan bergantung pada lokasi. Pastikan sebelum anda menukar lokasi vending machine anda, pastikan lokasi yang dipilih nanti adalah lokasi yang lebih berpotensi untuk anda mendapatkan keuntungan yang lebih baik.

Ulasan
Catat Ulasan